Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri di Tanag Melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Hal ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Sementara itu, negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka. Situasi ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskini setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai.
Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta perlantikan pemerintah.
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
- Pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai.
- Diubah pula kepada Perlembagaan Persekutuan Melayu pada 16 September 1963
- Bermula dengan penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
- Perang Dunia Kedua, Jepun menakluki Tanah Melayu (1942-1945).
- British kembali dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baharu , Malayan Union pada April 1946.
- British memperkenalkan satu lagi bentuk pemerintahan , Perjanjian Persekutuan 1948 kerana mendapat tentang orang ramai.
- Majlis Perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
- Lahirnya Perlembagaan baharu yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 pada 1 Februari 1948.
- Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipengerusi oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (UK), Sir William Makell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
- Draf perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957.
- Perlembagaan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan.
PERANAN PERLEMBAGAAN
PERANAN
|
PERINCIAN
|
Mewujudkan pemerintahan yang adil
|
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah bedasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa pekara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan lain lain lagi. Sebagai contoh, walaupon perlembagaan memperuntukkan Agama Islam sebagai persekutuan / rasmi negara (dalam bahagiam 1, pekara 3(1) ), tetapi agama lain juga bebas di amalkan di Malaysia .
|
Menggelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pegerakkan kerajaan dan rakyat
|
Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat menggelakkan daripada dimonasi kuasa oleh sesuatu pihak . Sebagai mana yang digariskan dakam perlembagaan, terdapat beberapa peruntukkan khas tertentu untuk YDPA serta sultan / raja / Yang Di Pertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada perlembagaan.
|
Alat penyelesaian masalah
|
Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang undang Persekutuan dan negeri. Bahkan , sebarang masalah dalam pembuatan undang undang atau rujukan apa apa hukuman kepada seseorang warga negara adalah berasakan perlembagaan
|
Mengekalkan riwayat negara bangsa
|
Pembentukkan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dan perjalanan undang undang negara dapat dilaksanakan.
|
Menjaga kesatabilan negara
|
Sesunguhnya perlembagaan telah berjaya dibentuk keamanan dan kesatabilan negara. Hal ini memandangkan terdaptnya sekatan sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pegerakkan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun , kebeasan dan keistimewaan ini ada had nya apabila terdapat pekara pekara yang difikirkan perlu untuk menyekat kan kebebasan mereka (Bahagian 2, Pekara 10).
|
BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN
- Perlembagaan Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen. Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat yang utama ;
- Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
- Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
- Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan,
Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara kita. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan tersebut ?
- merupakan undang-undang utama Persekutuan
- Ketertinggian Perlembagaan
- Pindaan Perlembagaan
- hubungan antara Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
- Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan Perlembagaan. Perlembagaan telah menjadi rujukan rakyat dan pemerintah di negara ini sejak merdeka sehingga kini.
- Malaysia merupakan sebuah Persekutuan yang mempunyai sebuah perlembagaan bertulis. Menurut Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi.
PERUNTUKAN
|
BUTIRAN
|
Parlimen
|
Memperoleh kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak dan kepada tiap - tiap buah negeri pada pihak yang lain. Dalam hal ini, perlembagan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
|
Perlembagaan
|
Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang - undang mengenainya. Contoh undang - undang yan boleh dibuat oleh Parlime ialah Pertahanan, Pelajaran, Hal Ehwal Luar Negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara - perkara Persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang - undang di luar perkara persekutuan, undang - undang tersebut adalah tidak sah. Undang - undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
|
Kedudukan YDPA
|
Baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, Ketua Parlimen, Ketua pemerintah dan sebagainya. Tetapi, baginda tertakluk kepada halangan - halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. baginda ialah Raja Beperlembagaan, iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.
|
Kuasa Perundangan
|
Dijalankan oleh berbagai - bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan - sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan - sekatan yang dikenaka oleh Perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketua ketiga - tiga cabang kerajaan ( perundangan, pentadbiran, kehakiman ) juga tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
|
Kebebasan Asasi
|
Merupaka elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuag negara seseorang warganegara, tidak boleh menaha seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya, tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana - mana orang melainkan menurut undang - undang. Maka, terdapatlah banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.
|
PINDAAN PERLEMBAGAAN
- Semenjak tahun 1957 sehingga ke akhir tahun 1982, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali.
- Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E) yang menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda.
PERKARA
|
BUTIRAN
|
Perkara 159 (4)
|
Sesetengah perkara yang boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap - tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.
|
Perkara 161 (E)
|
Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap - tiap Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana - mana negeri.
|
PERKARA-PERKARA YANG PERNAH DIPINDA
- Pemisahan Singapura - pemisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan. Situasi sedemikian memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Oleh itu, pada bulan September 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.
- Mengenai Gender - artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendikriminasikan antara jantina di negara ini.
- Kes Rogol - pada tahun 1989, beberapa undang-undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesannya serta meningkatkan tahap keadilan atau sense of justice bagi si mangsa.
TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN
- Terdapat beberapa proses yang terlibat sebelum sesuatu rang undang-undang itu dipinda. Sesuatu rang undang-undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di Dewan Parlimen terlebih dahulu.
- Dewan Parlimen, rang undang-undang tersebut akan dibahaskan dalam beberapa peringkat, iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan Ketiga.
- Menurut prosedur, rang undang-undang dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.
- Hasil daripada beberapa perbincangan, pengubahsuaian telah dibuat terhadap rang undang-undang.
- Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diluluskan oleh Parlimen.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
- Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 183 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan Raja-raja Melayu dan hak Orang Melayu, soal Bahasa Melayu, Agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya.
- Perlembagaan Persekutuan mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti :
- Agama Islam sebagai agama rasmi
- Soal kerakyatan
- Kedudukan istimewa raja-raja melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
KANDUNGAN RINGKAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1. Senarai Persekutuan :-
Meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil, kewarganegaraan dan lain - lain.
ii. Senarai Bersama :-
Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan undang - undang Persekutuan. Contohnya, perlindungan bagi binatang liar, biasiswa, perlindungan kanak - kanak, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain - lain.
iii. Senarai Negeri :-
Meliputi perkara - perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak, undang - undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan Negeri dan lain - lain.
FUNGSI UTAMA MAJLIS RAJA RAJA
Majlis Raja - Raja ditubuhkan secara formalnya hasil perancangan British pada tahun 1948 bagi menggantikan Mesyuarat Raja - Raja Negeri - Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja - Raja Melayu (Durbar).
Kali pertama ia diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Mesyuarat yang pertama diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja - Raja Melayu.
Fungsi Majlis Raja - Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini adalah institusi tunggal yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja - Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas - tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut :
(1) Memilih Yang di - Pertuan Agong dan Timbalan Yang di - Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga
(2) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan
(3) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa - apa undang - undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja - Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja - Raja
(4) Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182
(5) Memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman - hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,
(6) Dan boleh menimbangkan soal - soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa - apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.
Majlis Raja - Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa - apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum - kaum lain).
KEWARGANEGARAAN
Peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Seseorang boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara iaitu :
i Secara kuat kuasa undang-undang – terdapat dua golongan iaitu :
a) Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan menjadi
warganegara Persekutuan yang akan menjadi warganegara secara automatik.
b) Individu yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia dan menjadi
warganegara atas peruntukan kelayakan yang telah ditetapkan.
ii. Secara pendaftaran / permohonan :
a) Isteri dan anak warganegara
b) Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun
c) Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka
d. Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia
iii. Kewarganegaraan secara kemasukan :
a) Individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan.
b) Berniat menjadi permastautin tetap Persekutuan Malaysia
c) Tingkah laku baik
d) Berpengetahuan dalam bahasa Melayu
iv. Kewarganegaraan secara percantuman wilayah
ini merupakan cara termudah untuk menjadi warganegara Persekutuan. Contohnya, penduduk Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila ketiga - tiga wilayah ini menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
KEHILANGAN KEWARGANEGARAAN
Seorang warganegara boleh kehilangan kewarganegaraan melalui dua cara iaitu, :
1. Pertama, individu tersebut menolak kewarganegaraannya.
2. Kerajaan negara melucutkan kewarganegaraannya atas sebab berikut :-
a) Seseorang individu telah menjadi warganegara asing
b) Seseorang warganegara membuktikan dia tidak setia melalui percakapan atau
tindakkannya.
c) Seseorang warganegara telah menderhaka terhadap kerajaan semasa
peperangan atau menjalinkan urusan dengan musuh negara.
d) Seseorang warganegara memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran,
telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang
daripada RM 5000 tanpa pengampunan bagi kesalahannya.
e) Seseorang warganegara yang bermastautin di negara asing melebihi lima tahun
secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan.